Monday, August 11, 2008

Snippets

*Budaya Membaca*
Lord Bacon (1561-1626) ahli falsafah Inggeris mengatakan budaya membaca menjadikan seseorang itu berisi (Reading maketh a full man). Dan manusia yang paling malang adalah"A lonesome person on a rainy day who does not know how to read".
Ibn Al Farabi telah mengatakan "Saya telah membaca kitab ini De Anima (kitab Al-Nafs) karya Aristotle sebanyak seratus kali. Saya membaca Physis (al-Simau al-Tabi) sebanyak empat puluh kali. *dari buku Teori politik Al-Farabi.
*Anwar dan Pak Lah*
Bagi saya kedua-dua tokoh ini secara lebih tepat disifatkan untuk mendapatkan sanjungan, kekayaan atau kuasa menyebabkan manusia mendukung pendapat yang tidak bermoral.
*Majlis Peguam*
Mereka yang petah berkata-kata dan konon menegakkan keadilan itu menggunakan bahasa perundangan yang tidak difahami golongan massa juga boleh melakukan kesalahan moral. Mereka itu digelar golongan Sophist menjual ilmu dan kepakaran perundangan untuk mendapat duit yang banyak. Tidak semua yang terlibat tetapi kenapa William Shakespeare mengatakan dalam drama tragedinya King Henry VI "The first things to do is kill all the Lawyers"- King Henry VI, Part II, 4.
Kalaulah Anwar Ibrahim berkuasa dan Pak LAh masih dalam keadaan tidur dikoridor mimpinya, terpaksalah kita berhijrah namun negara ini adalah tanah tumpah dan kita anak watannya. Menurut John Kennedy "And so, my fellow Americans (Malaysia): ask not what your country can do for you-ask what you can do for your country".January 20,1961. Pemerintahan sekarang nampaknya lembik dari segala segi, Zaman Tun Mahathir amat berwawasan dan jitu cara pentadbirannya. Dasar "You have to be Cruel in order to be Kind" lebih bagus dari dasar Hadhari yang lembik dan dasar flip-flop yang tak tentu hala. Bersediakah kita menghadapi cabaran semasa ini?
Ps. "Something is rotten in the state of Denmark" Hamlet part 1. Chedet please lead us again!!!!