Thursday, May 1, 2008

Glosari Ilmu Falsafah

Empirisisme: Teori pengetahuan melalui sumber pancaindera, Teori yang sering digunakan dalam falsafah sekular seperti John Locke (1632-1704).Namun contoh ini lebih memadai untuk difahami kepada mereka yang memandang rendah akan ilmu falsafah.
"Morty pulang ke rumah dan mendapati isterinya tidur berkeadaan bogel dengan kawan rapatnya bernama Lou.Baru sahaja Morty ingin membuka mulutnya untuk meminta penjelasan, Lou terus melompat dari katilnya dan berkata dengan penuh keyakinan, "Sebelum kau bersuara kawanku, mana yang lebih kau percayai; Aku atau dari sudut pandangan matamu?
Moralnya dari segi pengalaman kita melihat dunia yang realiti, dan kadang-kadang persepsi kita juga sering diperdayakan oleh pancaindera kita sendiri seperti melihat objek makcik berkebaya nyonya cantik menawan dari sudut pandangan belakang tetapi rupanya Kak Kiah (Mahaalllnya) jika diteliti dari gaya percakapannya. Itulah argumen yang cuba digunakan oleh Lou tersebut.
Analogi: yang bermaksud perbandingan berdasarkan dari premis yang sama walaupun dari tesis yang berlainan.Ibarat dari dari keserupaan yang berlainan.
"Seorang tua yang berumur 90 tahun berjumpa dengan doktor dan berkata, " Doktor, isteri saya yang berumur 19 tahun sedang menunggu masa untuk melahirkan anak."
Doktor berkata, "Mari saya bercerita, Ada seorang lelaki pergi berburu, beliau sepatutnya menggunakan senapang patah tetapi tersalah ambil terambil sekaki payung pula. Apabila secara tiba-tiba muncul seekor beruang lalu menyerangnya, lantas lelaki tadi mengambil payung dan menembak beruang bertalu-lalu dan terus mati."
Orang tua tadi terus berkata, "Mustahil. Mesti ada orang lain yang menembaknya."
Doktor berkata, Itulah hakikat yang sebenarnya!"
Itulah maksud analogi dari cabang falsafah yang bernama Logik (Logos) bahasa Yunani atau Mantik dari bahasa Arab.
Sumber cerita-cerita falsafah ini boleh dibaca dari karya Thomas Cathcart dan Daniel Klein bertajuk Plato and a Platypus walk into a bar.

No comments: