Monday, May 12, 2008

Sejarah dan Bangsa dipersoalkan?

Sejak akhir-akhir ini ahli-ahli politikus dan NGO-NGO yang begitu memperjuangkan agenda Liberal dan hak asasi manusia sering mempersoalkan fakta sejarah dan kontrak sosial di Malaysia terutamanya peruntukan perkara 152, 153 dan Raja-Raja Melayu. Kita bukanlah hendak menguasai Malaysia ini secara total dan merampas hak oranglain seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi berasa terguris dengan kenyataan mereka kerana mempersoalkan Raja-raja Melayu dan hak orang-orang Melayu. Sekarang ini menjelang 13 Mei, isu-isu ini dibangkitkan kembali untuk menunjukkan bahawa ternampak ada unsur-unsur seperti penindasan atau Holocaust di Malaysia. Kita membicarakan tentang buku yang kini menjadi Bestseller dikalangan orang yang anti Perlembagaan Negara iaitu May 13 Declassified Documents on the Malaysia Riot of 1969 oleh Kua Kia Soong. Diberi fakta-fakta yang agak sangsi dan sensasi berbeza dari versi bagi mereka yang pernah hidup dizaman tersebut dan diceritakan oleh ibu-bapa kita. Sumber-sumber diambil dari Pejabat Rekod Awam di London? Selain itu ternampak Tun Razak dan kabinetnya adalah dalang dan perancang kepada insiden ini. Orang yang telah meninggal dunia sudah tentu tidak dapat menjawab tuduhan ini. Tetapi lihatlah kesan dari peristiwa ini Malaysia mampu mewujudkan keamanan kerana hasil DEB. Adakah 13 Mei berlaku kerana faktor ekonomi semata-mata.
Ianya berpunca dari faktor politik dan kemenangan parti pembangkang iaitu parti DAP dan Gerakan (belum memasuki perikatan).Mereka memainkan isu perkauman dan menghina perasaan orang Melayu dengan merayakan perarakan kemenangan dikawasan sensitif seperti di Jalan Raja Muda, Kampung Baru dan ChowKit road. Perasaan mengejek dan memberi kata-kata yang kesat tidak baik diamalkan kepada negara yang berbilang kaum dan boleh mengundang kontroversi. Dan akhirnya terjadi pergaduhan dan isu ini melarat kepada unsur ekonomi dan sosial yang lainnya. Natijah dari isu ini jangan dibangkitkan secara melulu dan dijadikan isu sensasi untuk memancing undi bagi pihak yang 'menang' di Utara sana. Jika mereka merayakan perarakan seperti itu sekali lagi pada pilihanraya ini sudah tentu negara berada dalam tidak stabil.
Jika isu-isu ini diperdebatkan fakta-faktanya untuk tujuan menangguk diair keruh, maka proses mewujudkan keamanan dan kemakmuran bersama selama 50 tahun ini sia-sia sahaja. Untuk pandangan yang lebih seimbang bacalah buku Tunku Abdul Rahman 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kepemimpinan Tun Razak bukanlah lapar kuasa untuk menjadi seperti Robin Hood merampas dari yang kaya untuk diberi kepada simiskin, atau dibuat pemerintahan autokratik seperti regim autoritarian. Memerintah negara dengan rakyat berbilang kaum amatlah rumit tetapi dengan adanya dasar bijak seperti BN, DEB, Felda, Rukun Negara dilaksanakan untuk kebaikan semua, mungkin ada cacat celanya, tetapi mestilah diakui berkesan dan berjasa kepada kita. Kredit perlu diberi kepada Kepemimpinan Tun Razak dan bukannya tuduhan liar atau memperlekehkan jasa beliau yang murni itu.
Jangan dipersoalkan mengenai kontrak sosial yang diakui oleh perlembagaan Negara yang mulia itu. Janji itu perlu dipertahankan. Mengapa orang kulit hitam memperjuangkan hak mereka di Afrika Selatan, Orang Han menolak pemerintahan asing Manchu dan Monggol di China, Intifada Palestine, Orang Fiji dan seterusnya...mereka hanya menegakkan hak mereka sebagai jatidiri dinegara mereka sendiri. Di Malaysia sebenarnya tidak ada Holocaust.Janganlah benda yang tiada itu diadakan-adakan.
Jangan menurut kata-kata Vegetius ini, Si Vis Pacem Para Bellum, Whoever wishes for peace let him prepare to war. Jika anda mahukan keamanan, bersedialah untuk berperang. Ini adalah nasihat kita kepada para politikus diluar sana kebebasan bersuara ada hadnya.

3 comments:

Zed said...

Kak Ani,

Since your writing a so long, use smaller font la... besar sgt, sakit mata nak baca, pas tu kena scroll down banyak2

kuchai said...

hantam sajalah k ani wooiii janji awak happy. org seme citer hal dunia jek kan ehehhehe

kuchai said...

k aniiii blog dah bersawang nihh...heloooo...heloo....anybody home?